1. Pendahuluan :
Pengurusan Panitia Pendidikan Islam merupakan teras dalam pengurusan kurikulum sekolah khususnya dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan Pendidikan Islam. Peranannya amat penting dalam usaha menjadikan pengurusan kurikulum Pendidikan Islam di sekolah-sekolah lebih terancang dan sistematik.
Pengurusan Panitia Pendidikan Islam yang cemerlang akan memantapkan prestasi akademik dan sahsiah murid. Justeru itu, diharapkan maklumat ini dapat membantu merealisasikan harapan dan wawasan yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta Falsafah Pendidikan Islam.
2. Definisi :
Pengurusan Panitia Pendidikan Islam di sekolah bermaksud kemampuan dan kecekapan Panitia Pendidikan Islam merancang, mengurus dan melaksanakan matlamat, objektif strategik dan program panitia secara berterusan dan berkesan.
3. Punca Kuasa :
Panitia Pendidikan Islam di sekolah ditubuhkan atas arahan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/1986.
4. Objektif :
4.1 Mempertingkat pemahaman mengenai struktur organisasi, fungsi dan tugas panitia Pendidikan Islam di sekolah.
4.2 Mempertingkat kerjasama dan muafakat guru Pendidikan Islam untuk merancang, melaksana, menyelia dan memantau keberkesanan semua program dan aktiviti yang berkaitan.
4.3 Berusaha secara muafakat untuk mencari penyelesaian masalah dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar murid.
4.4 Memantapkan sistem dokumentasi maklumat yang berkaitan dengan panitia Pendidikan Islam.
4.5 Mempertingkat kualiti pengurusan Panitia Pendidikan Islam di sekolah.
Continue Reading...
Label:
ڤڠوروسن فايل

- Penambahbaikan Pengurusan Panitia :
5.1 Sistem Fail
5.1.1 Mengadakan sejumlah 14 buah fail yang mengandungi :
- Fail 01:Minit MesyuaratFail 02:Maklumat GuruFail 03:Surat Menyurat / PekelilingFail 04:Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan PelajaranFail 05:Pencerapan / Penyemakan Buku LatihanFail 06:Perancangan Peningkatan PanitiaFail 07:Analisis Ujian dan PeperiksaanFail 08:Laporan Program / Aktiviti
Fail 09:Persatuan Agama Islam
Fail 10:Perkembangan Staf
Fail 11:Kewangan
Fail 12:Bank Soalan
Fail 13:PAFA
Fail 13.1Fail 13.2Fail 13.3
Fail 14:j-QAF
Fail 15:KSSR
5.2 Perancangan Peningkatan Panitia
5.2.1 Menyediakan Rancangan Jangka Panjang yang meliputi Kurikulum, Ko-Kurikulum
dan Sahsiah. Rancangan ini adalah merupakan perancangan dalam tempoh tiga
hingga lima tahun.
5.2.2 Menyediakan Rancangan Tahunan Semasa iaitu dalam tempoh setahun,
merangkumi semua program dan aktiviti panitia.
5.2.3 Menyediakan Rancangan Operasional iaitu kertas kerja bagi setiap aktiviti yang
hendak dijalankan.
5.3 Perkembangan Staf
5.3.1 Merancang dan mengadakan Perkembangan Staf sekurang-kurangnya dua kali
setahun.
5.3.2 Pengisian di dalam kursus tersebut merangkumi antaranya, kaedah pengajaran
dan pembelajaran berkesan, pengurusan masa, pengurusan panitia,
penggunaan ICT dalam pengajaran dan perkembangan kurikulum terkini.
5.4 Pengurusan Kewangan
5.4.1 Merancang dan membeli bahan bantu mengajar yang bersesuaian.
5.4.2 Menggunakan peruntukan kewangan (Perkapita Geran - PCG) untuk
meningkatkan keberkesanan P&P seperti mencetak dan membeli buku kerja.
5.4.3 Menyediakan anggaran belanjawan tahunan panitia.
5.5 Laporan Program / Aktiviti
5.5.1 Menyediakan laporan program / aktiviti yang telah dijalankan.
5.5.2 Semua laporan hendaklah dikemaskini dan dibukukan dalam bentuk yang
menarik.
5.6 Penyemakan Buku Latihan
5.6.1 Menentukan jumlah latihan dalam tempoh setahun mengikut kelas.
5.6.2 Menghantar buku latihan kepada Guru Besar / Guru Penolong Kanan mengikut
jadual yang ditetapkan untuk disemak.
5.6.3 Menyimpan Borang Semakan di dalam fail panitia.
5.7 Pengurusan Surau
5.7.1 Memastikan surau berada dalam keadaan bersih dan ceria.
5.7.2 Menggunakan kemudahan surau untuk amali solat, P&P dan kegiatan
persatuan.
5.7.3 Merekodkan penggunaan surau dan mengemaskini stok peralatan surau.
5.7.4 Menggunakan senarai semak pengurusan surau yang dibekalkan oleh Jabatan
Pelajaran Negeri masing-masing.