RSS

Recent Comments

DOA SEKOLAH

0 ulasan

SILA HAFAL
(Pembukaan Doa-Bahasa Arab)


Ya Allahu ya Alim....
Sesungguhnya kami warga SK Tinusa Jaya
berhimpun pada pagi ini
merafa’kan kesyukuran dan pujian kepada-Mu
atas nikmat kurniaan yang tidak terhitung banyaknya.


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim....‬
kami mohon inayah dan taufik-Mu
agar dibukakan hati-hati kami,
dilapangkan dada-dada kami
untuk menerima ilmu ,
kurniakanlah kepada kami ilmu-Mu,
sinarilah hati kami dengan cahaya hidayah-Mu,
Mudahkanlah kami untuk mengamalkannya .


Ya Zaljala li Wal Ikram....
Berikanlah kami kekuatan
dan ketabahan dalam mencari
dan menimba ilmu pengetahuan
serta tambahkanlah kepada kami
rasa kecintaan kepada segala kebaikan,
YA Allah...jadikanlah kami,
guru-guru kami
dan pemimpin-pemimpin kami
terus berkhidmat dengan ikhlas
dalam menabur bakti
untuk membangunkan syi'ar Islam.


Penutup Doa-Bahasa Arab.
Continue Reading... Label:


 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors