RSS

Recent Comments

PROGRAM SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ

0 ulasan










Continue Reading...


MINGGU PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

0 ulasan

Aktiviti :


a-Pertandingan mini kamus (tahap 2 sahaja)


b-Teka silangkata


c-Tulisan jawi tercantik / khat


d-Baca teks jawi dan arab


e-Mencari huruf hijaiyyah tersembunyi


f-Pertandingan Nasyid (tahap 2 saja)


g-Pertandingan azan & Iqamah ( tahap 1 sahaja)


h-Pertandingan selawat
Continue Reading... Label:


PROGRAM BACAAN UMMUL KITAB

0 ulasan


Sekolah Kebangsaan Tinusa Jaya
Jalan Kem Tentera
90500 Sandakan , Sabah

1-TAJUK KERTAS KERJA :Program Bacaan Ummul Kitab

2-TUJUAN
Surah Al Fatihah adalah termasuk dalam pembahagian rukun solat (rukun Qauli) , tanpa membacanya atau cacat bacaanya solat seseorang akan rosak.Oleh sebab itu seseorang itu haruslah sentiasa memperbaiki bacaannya agar betul.
Justeru itu , Panitia Pendidikan Islam SK Tinusa Jaya atas cadangan PK 1 akan melaksanakan program Tahsin Ummul Kitab , mudah-mudahan surah ini ia menjadi sebati dan mendapat rahmat dari-Nya kepada pembacanya.

3-LATAR BELAKANG
Surah Al Fatihah dinamakan juga dengan nama :Ummul Al-Kitab (ibu Al Quran) kerana ia merujuk kepada keseluruhan makna Al Quran ,Al Syafiyah (yang menyembuhkan) kerana ia memberi kesembuhan kepada penyakit rohani dan jasmani .Al Waiyyah (yang lengkap) kerana ia melengkapi makna keseluruhan Al Quran.Al Kafiyah( yang mencukupi) kerana dengan membacanya ketika qiyam , solat seseorang sudah memadai untuk sah ,manakala tanpa membacanya menyebabkan solat seseorang batal.Al Asas (asas ) kerana ia diibaratkan asal Al Quran dan merupakan surah yang pertama menurut tertib penyusunannya.Al Hamd (segala pujian) kerana ia bermula dengan kalimah ini .Dan Al Sab'ul Al Mathani(tujuh tempat berhenti ) kerana ia mempunyai tujuh ayat .
Disebut dalam Sahih Al Bukhari bahawa Rasulullah s.a.w bersabda kepada Abu Sa'id bin Al-Mu'alla mafhumnya :
“Aku akan ajarkan engkau satu surah yang merupakan surah yang teragung dalam al Quran iaitu :
(   ) yang mempunyai tujuh tempat berhenti dan merupakan (ayat) al Quran yang agung yang dikurniakan kepadaku”.
Surah ini diwahyukan di Makkah dan bilangan ayatnya ialah tujuh ayat berdasarkan ijmak ulama.Dinamakan AL Fatihah kerana surah tersebut menjadi pembuka kepada Al Quran yakni merupakan surah yang pertama dari segi tertib penyusunannya dalam al Quran walaupun bukan dari segi penurunannya.
Surah ini walaupun pendek , sebenarnya merangkumi segala pengertian , objektif dan perbendaharaan al-Quran secara umum.Justeru itu , surah ini dikenali juga sebagai Ummul Al-Quran .Ini dapat diperhatikan apabila surah ini menperkatakan asas-asas agama yang merangkumi :
i-Aqidah merangkumi keimanan kepada Allah Taala , sifat-sifat-Nya ,keesaan-Nya , kurniaan nikmat dan keimanan kepada hari akhirat (ayat 1-5).
ii-Ibadah , termasuk persoalan doa , memohon pertolongan dan hidayah , ikhlas , istiqamah dan kesatuan ummah.
iii-Minhaj kehidupan , iaitu pemilihan tata cara kehidupan(the way of life) yang benar dan diredhai (ayat 7).

3-LATAR BELAKANG
Surah Al Fatihah dinamakan juga dengan nama :Ummul Al-Kitab (ibu Al Quran) kerana ia merujuk kepada keseluruhan makna Al Quran ,Al Syafiyah (yang menyembuhkan) kerana ia memberi kesembuhan kepada penyakit rohani dan jasmani .Al Waiyyah (yang lengkap) kerana ia melengkapi makna keseluruhan Al Quran.Al Kafiyah( yang mencukupi) kerana dengan membacanya ketika qiyam , solat seseorang sudah memadai untuk sah ,manakala tanpa membacanya menyebabkan solat seseorang batal.Al Asas (asas ) kerana ia diibaratkan asal Al Quran dan merupakan surah yang pertama menurut tertib penyusunannya . Al Hamd (segala pujian) kerana ia bermula dengan kalimah ini .Dan Al Sab'ul Al Mathani (tujuh tempat berhenti ) kerana ia mempunyai tujuh ayat .

Disebut dalam Sahih Al Bukhari bahawa Rasulullah s.a.w bersabda kepada Abu Sa'id bin Al-Mu'alla mafhumnya :

“Aku akan ajarkan engkau satu surah yang merupakan surah yang teragung dalam al Quran iaitu :
( الْحَمْدُلِلَّهِ ) yang mempunyai tujuh tempat berhenti dan merupakan (ayat) al Quran yang agung yang dikurniakan kepadaku”.

Surah ini diwahyukan di Makkah dan bilangan ayatnya ialah tujuh ayat berdasarkan ijmak ulama.Dinamakan AL Fatihah kerana surah tersebut menjadi pembuka kepada Al Quran yakni merupakan surah yang pertama dari segi tertib penyusunannya dalam al Quran walaupun bukan dari segi penurunannya.

Surah ini walaupun pendek , sebenarnya merangkumi segala pengertian , objektif dan perbendaharaan al-Quran secara umum.Justeru itu , surah ini dikenali juga sebagai Ummul Al-Quran .Ini dapat diperhatikan apabila surah ini menperkatakan asas-asas agama yang merangkumi :
i-Aqidah merangkumi keimanan kepada Allah Taala , sifat-sifat-Nya ,keesaan-Nya , kurniaa nikmat dan keimanan kepada hari akhirat (ayat 1-5).
ii-Ibadah , termasuk persoalan doa , memohon pertolongan dan hidayah , ikhlas , istiqamah dan kesatuan ummah.
iii-Minhaj kehidupan , iaitu pemilihan tata cara kehidupan(the way of life) yang benar dan diredhai (ayat 7).

4-OBJEKTIF.
Setelah berakhirnya program ini, diharapkan murid-murid dapat:
(1) Mengetahui kepentingan surah Al Fatihah.
(2) Mengaplikasikan kefahaman isi surah dalam kehidupan secara sepenuhnya.
(3) Sifar kesalahan bacaan.
(4) Membiasakan diri untuk diamalkan setiap kali hendak memulakan sesuatu majlis.
5-PENASIHAT:
(1) Guru Besar
(2) Guru Penolong Kanan
(3) Guru-Guru

6-KUMPULAN SASAR
230 orang murid yang meliputi murid-murid tahap satu dan dua.
7-KAEDAH PERLAKSANAAN
Kaedah perlaksanaan program ini secara bacaan beramai-ramai dan dilaksanakan sepanjang tahun sesi persekolahan iaitu :
Bil
Hari
Butiran
Lokasi
1.
Isnin
i- sebelum memulakan perhimpunan.
ii- sebelum bacaan doa perhimpunan pagi
Tapak Perhimpunan
2.
Selasa-Jumaat
sidang pertama sebelum sesi pembelajaran


Bilik Darjah masing-masing

8-ANGGARAN PERBELANJAAN
-Tidak Berkaitan-

9-PENGEMBELINGAN TENAGA
(1) Guru-guru Pendidikan Islam.
(2) Guru-guru akademik
(3) Guru bertugas mingguan
(3) Semua murid .

10-SENARAI GURU PELAKSANA (Guru masa pertama)
BIL
DARJAH
GURU
01
1A
Selasa : Puan Juriyah Nasire
Rabu : En Zul Othman
Khamis : Pn Omoh Salmah Khayar
Jumaat : Ust Mohd Nasir Mamat
02
2A
Selasa : En Zul Othman
Rabu : Mohd Ikhwan
Khamis : En Masran Amran
Jumaat :En Zul Othman
03
3A
Selasa : Pn Fatimah Sabarding
Rabu : Ust Mohd Nasir Mamat
Khamis : Ust Mohd Nasir Mamat
Jumaat : Puan Omoh Salmah Khayar
04
4A
Selasa : En Baharuddin Abd Majid
Rabu : En Baharuddin Abd Majid
Khamis : Puan Juriyah Nasire
Jumaat :En Saden Sintang
05
5A
Selasa : Pn Fauziah Abd Rahim
Rabu : En Mohd Khairi
Khamis : En Baharuddin Abd Majid
Jumaat : Pn Fatimah Sabarding
06
6A
Selasa : En Mohd Khairi
Rabu : Puan Fauziah Abd Rahim
Khamis : Puan Fauziah Abd Rahim
Jumaat : Puan Juriyah Nasire
07
6B
Selasa : En Saden Sintang
Rabu : Puan Juriyah Nasire
Khamis : En Mohd Ikhwan
Jumaat : En Mohd Madin Namit
Continue Reading... Label:


 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors